Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2020 / 2021

Pada 12 Muharram 1442 bersamaan 31 Ogos 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penganugerahan Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Sesi Pengajian 2020/2021 yang bertempat di Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini. Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020 / 2021 kepada Awangku Muhammad Asyraff Haziq Iman bin Pengiran Asmali lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020 / 2021 kepada Dayang Siti Aisyah binti Salim lepasan penuntut Institut Tahfiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020 / 2021 kepada Dayang A’isyah binti Muhamad Yusop lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah

Penganugerahan biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020/2021 adalah seramai tiga orang penuntut. Penuntut-penuntut tersebut adalah Awangku Muhammad Asyraff Haziq Iman bin Pengiran Asmali, Dayang Siti Aisyah binti Salim dan Dayang A’isyah binti Muhamad Yusop. Mereka ini akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti-universiti yang terkemuka di Mesir dan United Kingdom.

Berikut adalah keterangan penuntut yang menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020/2021. Penerima anugerah biasiswa yang pertama ialah Awangku Muhammad Asyraff Haziq Iman bin Pengiran Asmali, merupakan lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar” beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Eletrikal dan Eletronik (MEng Electronic and Electrical Engineering) di University College London, United Kingdom. Penerima yang kedua ialah Dayang Siti Aisyah binti Salim, merupakan lepasan penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar” beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Takhassus Al-Quran Wal Qiraat di Ma’had Qiraat, Al-Azhar, Shoubra, Mesir. Manakala penerima biasiswa yang terakhir ialah Dayang A’isyah binti Muhamad Yusop, iaitu lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar” beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah Wa Qanun di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan menyempurnakan penyampaian anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2020 / 2021 kepada ketiga-tiga orang penerima.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” dan para ibu bapa mereka serta para jemputan.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bergambar ramai bersama penerima-penerima anugerah biasiswa Sultan’s Scholar.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pengetua-Pengetua dari institusi-institusi tingkatan enam di seluruh negara.