Kriteria Kelayakan

Syarat-Syarat Kelayakan Am

1

Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2

Telah mendapat kelulusan di peringkat peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (GCE ‘A’ Level), Diploma International Baccalaureate, Sijil Tinggi Persekolahan Ugama Brunei (STPUB) atau peperiksaan yang diiktiraf sebanding dengan peperiksaan-peperiksaan ini dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam satu kali menduduki sebarang peperiksaan tersebut.

3

3.1

Bagi Aliran Umum:
Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di 20 Universiti teratas dunia (Top 20 Universities) pada tahun sesi pengajian, berdasarkan ranking:

  • QS World University (QSWU) Rankings
  • Times Higher Education (THEU) Rankings
  • Academic Ranking of World Universities (ARWU)
3.2

Bagi Aliran Arab:
Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti berikut:

  • Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir
  • Universiti Jordan, Jordan
  • Universiti Yarmouk, Jordan
  • Atau mana-mana Universiti yang dibenarkan oleh pihak YSHHB
4

Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti berikut:

  • Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir
  • Universiti Jordan, Jordan
  • Universiti Yarmouk, Jordan
  • Atau mana-mana Universiti yang dibenarkan oleh pihak YSHHB
5

Mempunyai rekod sekolah yang cemerlang.

6

Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dalam sekolah atau luar sekolah.

7

Bersih dalam tapisan keselamatan, tidak terlibat dalam politik, tidak menyeleweng dari Ahli Sunnah wal Jama’ah dan disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.

8

Berjaya dalam proses pemilihan serta temuduga oleh pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Syarat-Syarat Kelayakan Khusus

i) Bagi Ijazah Sarjana Muda (Degree):

1

Minima gred A2 bagi matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level.

2

Minima gred A2 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level ATAU gred A bagi mata pelajaran English as a Second Language dalam peperiksaan IGCSE.

DAN

3

3.1

Bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (GCE A Level) atau yang diiktiraf sebanding dengannya:

  • Memperolehi sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran GCE A Level dengan memperolehi UCAS Tariff Points minima 144 (360^) bagi 3 mata pelajaran terbaik. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mendapat 4 mata pelajaran.
3.2

Bagi peperiksaan International Baccalaureate

  • Memperolehi kelulusan International Baccalaureate (IB) dalam tempoh tiga tahun kebelakangan dengan gred minima 38 mata dan memperolehi sekurang-kurangnya Higher Level (HL) tidak kurang dari gred 6 dalam 3 mata pelajaran.
3.3

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Ugama atau yang diiktiraf sebanding dengannya:

  • Mendapat pangkat Mumtaz dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Ugama Brunei.
3.4

Bagi Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah:

  • Memperolehi CGPA Diploma 3.75 keatas dalam peperiksaan Diploma ‘Aliyah Qiraat.

ii) Bagi Ijazah Sarjana (Masters):

1

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan khusus bagi Ijazah Sarjana Muda.

2

Calon adalah terdiri daripada para graduan baru Ijazah Sarjana Muda (fresh garduate) dan mestilah berumur tidak lebih daripada 30 tahun.

3

Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi keputusan cemerlang dalam satu kali menduduki peperiksaan setiap tahun.

4

Memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan Kelas Pertama Kepujian (First Class Honors) sebagai keutamaan.

5

Tempoh pengajian ialah tidak melebihi satu (1) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Sarjana jenis kursus kerja (“Coursework“); dan dua (2) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Sarjana jenis kajiselidik (“Research“).

ii) Bagi Ijazah Lanjutan (PhD):

1

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan khusus bagi Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

2

Calon adalah terdiri daripada graduan yang telah memperolehi Ijazah Sarjana (Masters) dan mestilah berumur tidak lebih daripada 30 tahun.

3

Menamatkan pengajian peringkat ijazah Sarjana (Masters) dengan mempunyai prestasi akademik yang cemerlang serta mendapat kepujian (Distinction).

4

Tempoh pengajian ialah tidak melebihi tiga (3) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Doktor Falsafah jenis kursus kerja (“Coursework”); dan empat (4) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Doktor Falsafah jenis kajiselidik (“Research”).