Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Telah mendapat kelulusan di peringkat peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (GCE ‘A’ Level), Diploma International Baccalaureate, Sijil Tinggi Persekolahan Ugama Brunei (STPUB) atau peperiksaan yang diiktiraf sebanding dengan peperiksaan-peperiksaan ini dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam satu kali menduduki sebarang peperiksaan tersebut.
Bagi Aliran Umum:
Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di 20 Universiti teratas dunia (Top 20 Universities) pada tahun sesi pengajian, berdasarkan ranking:
Bagi Aliran Arab:
Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti berikut:
Mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti berikut:
Mempunyai rekod sekolah yang cemerlang.
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dalam sekolah atau luar sekolah.
Bersih dalam tapisan keselamatan, tidak terlibat dalam politik, tidak menyeleweng dari Ahli Sunnah wal Jama’ah dan disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
Berjaya dalam proses pemilihan serta temuduga oleh pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Minima gred A2 bagi matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level.
Minima gred A2 bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level ATAU gred A bagi mata pelajaran English as a Second Language dalam peperiksaan IGCSE.
DAN
Bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan (GCE A Level) atau yang diiktiraf sebanding dengannya:
Bagi peperiksaan International Baccalaureate
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Ugama atau yang diiktiraf sebanding dengannya:
Bagi Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah:
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan khusus bagi Ijazah Sarjana Muda.
Calon adalah terdiri daripada para graduan baru Ijazah Sarjana Muda (fresh garduate) dan mestilah berumur tidak lebih daripada 30 tahun.
Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi keputusan cemerlang dalam satu kali menduduki peperiksaan setiap tahun.
Memperolehi kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan Kelas Pertama Kepujian (First Class Honors) sebagai keutamaan.
Tempoh pengajian ialah tidak melebihi satu (1) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Sarjana jenis kursus kerja (“Coursework“); dan dua (2) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Sarjana jenis kajiselidik (“Research“).
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan khusus bagi Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.
Calon adalah terdiri daripada graduan yang telah memperolehi Ijazah Sarjana (Masters) dan mestilah berumur tidak lebih daripada 30 tahun.
Menamatkan pengajian peringkat ijazah Sarjana (Masters) dengan mempunyai prestasi akademik yang cemerlang serta mendapat kepujian (Distinction).
Tempoh pengajian ialah tidak melebihi tiga (3) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Doktor Falsafah jenis kursus kerja (“Coursework”); dan empat (4) tahun kalendar jika mengikuti Ijazah Doktor Falsafah jenis kajiselidik (“Research”).