Majlis Perjumpaan dan Sesi Retreat Alumni Graduan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 17 Jamadilakhir 1438 bersamaan 16 Mac 2017, Alumni Sultan’s Scholars YSHHB mengadakan perjumpaan khas sehari suntuk dan dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail selaku tetamu kehormat, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Perjumpaan khas ini merangkumi 3 tujuan berikut, iaitu pertama, bagi sesi taklimat program YSHHB dan Kesukarelawan dan ceramah khas. Kedua, mengemaskini office-bearers Alumni serta tugas dan tanggungjawab. Ketiga, susun atur perlaksanaan kegiatan Alumni sepanjang tahun. Terakhir sekali bagi sumbangan Alumni dalam Sambutan 25 tahun penubuhan YSHHB (Jubli Perak) tahun ini.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

Pengenalan

Penganugerahan Biasiswa Skim Sultan’s Scholars yang diterima daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah pun berjaya menghasilkan graduan cemerlang dalam pelbagai bidang dan memperolehi ijazah dari university-universiti berprestij di luar negara, kini graduan-graduan Skim Sultan’s Scholars telah pun berkhidmat di negara ini. YSHHB berhasrat agar graduan cemerlang ini akan terus cemerlang untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara melalui pencembahan fikiran, keterlibatan dalam pelbagai usaha menyokong dan mendokong inisiatif kerajaan.

Pada tahun 2014, Alumni Sultan’s Scholars YSHHB telah ditubuhkan dan berfungsi sebagai sebuah persatuan yang dapat mengumpul dan menggabungkan bekas pelajar ke dalam satu organisasi.

Objektif Penubuhan Alumni

Alumni ditubuhkan bukan sekadar untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar Sultan’s Scholars dari pelbagai bidang dan kepakaran untuk menjana kecemerlangan diri dan kemajuan sesuatu aspek komuniti yang disasarkan, malah membantu pihak Yayasan untuk mencapai wawasannya. Maka kewujudan Alumni adalah dengan hasrat menggabung dan memanfaatkan bakat, kapasiti intelek dan kemahiran para graduan pelajar Sultan’s Scholars dengan matlamat:

Penubuhan Alumni bukan hanya untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar Sultan’s Scholars dari pelbagai bidang dan kepakaran untuk menjana kecemerlangan diri dan kemajuan sesuatu aspek komuniti yang disasarkan, malah membantu pihak Yayasan untuk mencapai wawasannya. Terwujudnya Alumni adalah dengan hasrat menggabung dan memanfaatkan bakat, kapasiti intelek dan kemahiran para graduan pelajar Sultan’s Scholars bermatlamatkan beberapa perkara. Matlamat pertama adalah mempromosi dan menyediakan peluang unik untuk Alumni menyerlahkan kecemerlangan diri melalui perlaksanaan kegiatan professional dan social yang bemanfaat dan berkebajikan. Matlamat kedua ialah menjadi satu saluran dan medium untuk Alumni memberi sumbangan ide, kepakaran, kemahiran dan pengalaman kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Manakala matlamat ketiga ialah menganjurkan aktiviti ke arah pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang seimbang di kalangan graduan itu sendiri. Matlamat seterusnya ialah memupuk perpaduan, integrasi dan silaturrahim warga Alumni disamping sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi Yayasan. Matlamat yang terakhir pula ialah untuk memupuk dan membina ciri-ciri kepimpinan yang menjana kecemerlangan diri setiap Alumni.